Tuesday, 28 May 2013

Vitamin, Garam Galian & Supplement.

Tahukah anda??  Berikut adalah vitamin, garam galian dan supplement yang diperlukan oleh tubuh badan seorg manusia.
 
Vitamin A
 
Ia juga dikenali sebagai Retinol. Ia penting untuk :
  • Kepentingan
    • Tumbesaran kanak-kanak yang sempurna,
    • Penglihatan yang baik (mencegah dan kadang-kala memulihkan rabun malam) untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
    • Kulit yang sihat
    • Lapisan selaput mukosa didalam tubuh.
  • Kekurangan
    • Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan :
      • Penurunan daya tahan kepada jangkitan;
      • Kulit kasar, kering dan berjerawat;
      • Masalah penghadaman;
      • Batu karang (ginjal);
      • Rabun malam
      • Penyakit mata, termasuk xerophthalamia, dimana ia boleh menyebabkan buta.
  • Sumber
    • Sumber Vitamin A yang baik adalah :
      • Hati, telur
      • Marjerin
      • Susu penuh krim dan susu rendah lemak
      • Beta Carotene dari makanan (terdapat dengan banyaknya di dalam labu, lobak, aprikot, mangga, betik dan buah dan sayur yang berwarna kuning/oren dan merah serta dalam sayuran daun hijau seperti bayam, sawi, lobak putih dan ubi bit) yang akan ditukar kepada Vitamin A oleh tubuh kita.
  • Keracunan
    • Vitamin A larut lemak, dan ianya disimpan dalam badan sekiranya supplemen berlebihan diambil secara berlebihan
    • Dalam kes yang teruk, kemungkinan berlaku rabun penglihatan, tekanan tinggi dalam otak, dan keguguran rambut.
Vitamin C
  • Kepentingan
    • Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik.
    • Ianya penting untuk pembentukan dan pengekalan kolagen, iaitu sejenis protein yang mengukuhkan kedudukan sel badan.
    • Ia sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan luka.
    • Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisma beberapa jenis asid amino dan hormon.
    • Ia juga memiliki kesan antioksida, dengan membantu badan mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisma yang digelar sebagai radikal bebas.
  • Kekurangan
    • Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan:
      • Skurvi
      • Kurang daya tahanan
      • Pendarahan gusi.
  • Sumber
    • Sumber Vitamin C yang baik adalah :
      • Jambu batu
      • Betik
      • Belimbing
      • Mangga
      • Buah Sitrus (Limau)
      • Sayuran berdaun hijau
  • Keracunan
    • Cirit birit
    • Ganguan gastro usus
    • Pembentukan batu karang (ginjal)
    • Penambahan asid urik
Vitamin B12
  • Kepentingan
    • Vitamin B12 atau Cobalamin, dalam kombinasi dengan Folacin (Vitamin B12 juga dikenali sebagai Asid Folik)
    • Ia digunakan dalam pembentukan sel darah merah
    • Ia juga membantu dan mengekalkan pelindung selaput saraf.
  • Kekurangan
    • Simtom kekurangan Vitamin B12 ialah:
      • Pernicious Anemia
      • Lumpuh otot dan urat saraf.
  • Sumber
    • Daging
    • Ikan
    • Ayam/itik
    • Produk tenusu
    • Telur
    • Hati
Zat Besi
  • Kepentingan
    • Zat besi adalah garam galian yang diperlikan dengan sedikit tetapi sangat penting untuk kebaikan kesihatan dan kehidupan. Kebanyakan daripada zat besi dalam tubuh manusia terdapat di sel darah merah-hemoglobin dan kepentingannya adalah:
      • Memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah
      • Pembentukan myoglobin dalam otot
      • Pembawa oksigen
      • Terlibat dalam penggunaan tenaga .
  • Kekurangan
    • Secara amnya kekurangan zat besi boleh menyebabkan :
      • Anemia
      • Simptom 'Attention Deficit Hyperactivity Disorder' dikalangan kanak-kanak
      • Dikalangan orang dewasa kerap kali menyebabkan keletihan
  • Sumber
    • Hati
    • Beef
    • Ayam/itik
    • Ikan
    • Cengkerang
    • Telur
    • Kekacang
    • Kacang kering
    • Buah prun kering
    • Jus buah prun
    • Bijiran- yang ditambah dengan zat besi
    • Gandum penuh
    • Roti yang diperkaya dengan galian dan bayam
  • Keracunan
    • Boleh merosakkan hati dan pancreas,
    • Kemungkinan peningkatan risiko untuk barah dan penyakit jantung.
Asid Folik
  • Kepentingan
    • Juga di kenali sebagai Folate.
    • Diperlukan untuk menghasilkan sel baru terutama sel darah merah.
  • Kekurangan
    • Kelesuan
    • Keletihan
    • Kurang daya tumpuan
    • Cepat marah
    • Pening
    • Jantung berdebar
    • Sesak nafas
    • "Neural tube Defect" (kekurangan semasa mengandung)
  • Sumber
    • Kekacang
    • Sayur daun berwarna hijau
Kalsium
  • Kepentingan
    • Terlibat dalam proses penambahan garam galian dalam pembentukan tulang dan gigi janin
    • Kontraksi dan relaksasi otot,
    • Fungsi-fungsi saraf,
    • Pengawalan selular dalaman,
    • Cofactor enzim selular luaran,
    • Pembekuan darah dan tekanan darah
  • Kekurangan
    • Osteoporosis,
    • Pertumbuhan kanak-kanak yang terbantut.
    • Osteomalasia
    • Rikets
  • Sumber
    • Susu dan produk tenusu,
    • Ikan (Bertulang),
    • Tofu,
    • Kekacang,
    • Brokoli
    • Bayam
    • Cekur manis
    • Makanan yang diiperkaya dengan kalsium
  • Keracunan
    • Batu karang (ginjal).
Zink
  • Kepentingan
    • Pengangkutan untuk Vitamin A.
    • Deria rasa.
    • Penyembuhan luka.
    • Produksi sperma.
    • Perkembangan bayi.
    • Memainkan peranan dalam kebanyakan enzim, hormon (insulin), bahan generik dan protein.
  • Kekurangan
    • Kurang selera makan.
    • Tumbesaran kanak-kanak terbantut.
    • Kelembapan perbentukan organ seks.
    • Penurunan fungsi imuniti.
    • Lambat penyembuhan luka.
  • Sumber
    • Hati
    • Daging
    • Ayam/itik
    • Makanan laut
    • Kekacang (OffalsNuts)
    • Bijiran
    • Kekacang
    • Bijiran penuh
  • Keracunan
    • Demam
    • Muntah
    • Cirit birit
    • Gastrik
    • Pening
Iodin
  • Kepentingan
    • Membantu dalam pengawalan metabolisma dan pembentukan janin.
  • Kekurangan
    • Pembesaran kelenjar tairoid (goiter)
  • Sumber
    • Makanan laut
    • Garam beriodin
  • Keracunan
    • Sensasi panas dalam mulut, tekak dan perut
    • Sakit perut
    • Demam
    • Loya
    • Muntah
    • Cirit Birit
    • Hypotyroidism
    • Goiter

MENGAPA KITA PERLU MENGAMBIL VITAMIN ATAU SUPPLEMENT??

Ada diantara kita tertanya-tanye mengapa perlunya kita mengambil supplement jika boleh ke klinik untuk berjumpa doktor dan mengambil ubat. Bukankah doktor lebih arif dengan tahap kesihatan kita?? Ini bermakna anda menunggu saat-saat sakit dan penyakit itu datang dan barulah kita terfikir macam mana kita boleh sakit dan mula mencari-cari ubat atau petua yang dapat menghilangkan sakit tersebut. Kita hanya akan menghargai betapa pentingnya kesihatan bila kita sendiri merasai atau mengalami dan melihatnya sendiri.
Kenapa perlu mengambil supplement?? Sedangkan datuk nenek,ibu bapa kita sebelum ini tidak pernah mengambil sebarang nutrisi tambahan sepanjang hayat mereka boleh hidup sihat dan masih bertenaga dan sihat sampai sekarang. Berikut merupakan faktor yang mendorong manusia mencipta supplement untuk keperluan manusia masa kini :
  • Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara, air , bunyi dan lain-lain yang mana menyumbang kepada tekanan kepada gaya hidup kita dari segi kesihatan mental, fizikal dan kerohanian.
  • Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien bagi menyokong fungsi tubuh kita yang mana adakalanya kita tidak suka untuk mengambilnya dalam pemakanan harian kita seperti sayur dan buah-buahan.
  • Sumber semula jadi vitamin seperti buah dan sayuran mungkin tercemar oleh kerana penggunaan bahan kimia seperti baja dan racun serangga. Kesegaran buah dan sayuran bukanlah jaminan bahawa kita telah mengambil nutrin yg cukup malah kesan sampingan jangka panjang pasti mempengaruhi kesihatan kita.
  • Adakalanya kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengabaikan senaman, tidur lewat, merokok dan meminum alkohol dan sebagainya.
  • Kebanyakan dari kita mengambil makanan mengikut selera sendiri tanpa menghadkan batasan kuantiti dan kandungan yang tidak baik dlm makanan spt lemak, garam dan gula berlebihan, perasa, pewarna, pengawet dan sebagainya.
  • Terdapat gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan seperti alkohol yang merosakkan suatu fungsi baik makanan.
  • Kehilangan nutrin dalam makanan berlaku apabila kerosakan pada buah, sayuran atau sumber lain oleh kerana cara memasak yang terlalu lama atau cara pengendalian bahan yang tidak betul.
Kekurangan nutrisi tersebut boleh meningkatkan risiko kesihatan seperti :
  • penuaan pramatang,
  • kelesuan,
  • mudah mendapat penyakit dan jangkitan
  • Keguguran rambut
  • Osteoporosis
  • Kulit bermasalah
Jadi selamat mencuba produk supplement SHAKLEE yang pastinya SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN DAN SENTIASA MESRA ALAM. Mencegah itu lebih baik dari mengubati (^_^).

Saturday, 25 May 2013

KESUBURAN

TAHUKAH ANDA??

10 MITOS DAN FAKTA KESUBURAN
===============================
★ Mitos 1: Infertiliti adalah masalah kaum wanita.

》Fakta Sebenar: Tidak betul. Yang sebenarnya, lelaki memberikan peranan yang besar terhadap ketidaksuburan. Kajian menunjukkan 40% dari masalah ketidaksuburan adalah berpunca dari kaum lelaki dan 50% lagi adalah wanita. 10% nya lagi tidak diketahui punca dan sebab.

...Mitos 2: Menjadi hamil adalah sesuatu yang mudah

》Fakta Sebenar: Tidak begitu betul, Dikatakan 1 dalam 6 orang akan mengalami masalah sukar hamil pada satu titik masa dalam kehidupan mereka. Kajian juga mendapati dari kalangan mereka yang gagal hamil, cuma 50% sahaja yang cuba mendapatkan rawatan dari doktor jadi statistik sebenar mungkin lebih besar.

★Mitos 3: Sekiranya anda mengambil anak angkat, anda akan mudah hamil.

》Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Mungkin anda kerap mendengar cerita tentang pasangan mengalami masalah infertiliti menjadi hamil sebaik sahaja mereka mangambil anak angkat, tapi ini disangkal oleh kajian yang menunjukkan tiada peningkatan kadar kehamilan berbanding dengan mereka yang tidak mengambil anak angkat. Ia terjadi kerana anda lebih mendengar berita gembira dari mereka yang mengambil anak angkat dan hamil dari yang sebaliknya.

★Mitos 4: Mungkin anda dan pasangan anda tidak melakukannya dengan cara yang tidak betul.

》Fakta Sebenar: Infertilti adalah masalah perubatan dan bukan masalah hubungan kelamin.

★Mitos 5: Ia mengambil masa untuk hamil jadi tunggu sahaja.

》Fakta Sebenar: Pasangan haruslah cuba mendapatkan rawatan selepas setahun mencuba kerana 80% dikalangan mereka yang ingin hamil akan berjaya selepas setahun berkahwin. Selepas 2 tahun, 90% akan menjadi hamil memberikan angka 10% terhadap mereka yang bermasalah. Sekiranya anda mempunyai masalah senggugut yang teruk atau haid yang tidak teratur, jangan tunggu sehingga setahun kerana jelas anda mengalami masalah peranakan yang mungkin menjadi punca ketidaksuburan anda.

★ Mitos 6: Membuat hubungan seks setiap hari meninggikan peluang hamil.

》Fakta Sebenar: Salah lagi. Sperma yang sihat akan kekal hidup didalam rahim paling lama 5 hari dan telur pula cuma berupaya hidup kurang dari satu hari. Tempoh subur anda sebenarnya adalah kurang dari 7 hari sebulan. Sekiranya anda membuat hubungan seks di luar tempoh subur, peluang hamil adalah sangat kurang walaupun anda berhubungan setiap hari. Walaubagaimanapun sekiranya anda tidak kisah untuk bersama setiap hari teruskan sahaja kerana ia tidak akan mengurangkan kualiti sperma anda.

★ Mitos 7 : Infertiliti tidak berlaku kepada mereka yang pernah berjaya hamil dan melahirkan.

》Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Kajian menunjukkan ramai wanita yang gagal hamil kali kedua walaupun pernah melahirkan anak sebelumnya. Ia tidak kelihatan sebagai masalah yang kerap terjadi kerana tidak ramai yang tampil untuk mendapatkan rawatan berbanding dengan mereka yang sukar hamil kali pertama.

★ Mitos 8: Infertili tidak menjadi masalah sehinggalah melewati usia lewat 30’an

》Fakta Sebenar: Sebenarnya kadar kesuburan menjunam dengan banyaknya selepas usia 30 tahun dengan kadar maksima pada usia 35. Terdapat kenaikan 22% pada usia 35 iaitu 2 kali ganda dari populasi yang biasa. Ini terjadi kerana kualiti telur menjadi kurang bermutu apabila usia mencecah 30 tahun.

★ Mitos 9: Ubat batuk boleh menolong meningkatkan kesuburan.

》Fakta Sebenar: Ubat batuk telah lama digunakan untuk masalah infertiliti kerana ia dikatakan berupaya membaik pulih kualiti mukus serviks tetapi kajian telah mendapati tiada peningkatan kadar kehamilan apabila dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil ubat batuk.

★ Mitos 10: Suami saya mungkin akan tinggalkan saya sekiranya saya gagal hamil.

》Fakta Sebenar: Sukar mendapat anak mungkin boleh menjadi punca masalah rumah tangga tapi ramai pasangan yang berupaya mengatasi krisis tersebut dan hidup bahagia walaupun dengan ketiadaan anak.

credit: sayanaksihat
See More

Like · ·