Ramai juga yang bertanyakan saya apa supplemen yang boleh membantu untuk gastrik. Jadi, untuk entry kali ni, saya akan berkongsi dengan anda semua sedikit info mengenai gastrik dan bagaimana Shaklee membantu menangani masalah ini.
Apa itu Gastrik?
Gastrik atau istilah perubatannya,
gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada
dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.
Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter
pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan
ulser perut.
Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang
berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah
rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter
dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan
minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat
sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan,
lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses
dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan
perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan
sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada
beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa
yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi
membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid
hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun,
kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras
keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Punca-punca lain Gastrik:
-
Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
-
Pengambilan alkohol yang berlebihan
-
Pengambilan kokain
-
Merokok
-
Stres
-
Gangguan autoimun
-
Penyakit crohn
-
Radiasi dan kemoterapi
-
Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
-
Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
-
Rembesan asid gastrik yang berlebihan
-
Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
-
Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
-
Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
-
Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.
Tip Sepanjang Bulan Puasa
-
Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
-
Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
-
Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
-
Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
-
Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
-
Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
-
Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
-
Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
-
Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
-
Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.
1) Energizing Soy Protein - ESP
ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
Selain ESP, anda juga mengambil tambahan supplemen Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus untuk merawat masalah gastrik.
2) Ostematrix
Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.
3) B-Complex
Shaklee B Complex dengan asid folik yang mempunyai bioavailabiliti yang tinggi, adalah asid folik natural yang pertama dalam bentuk supplement. Bioavailabiliti adalah keupayaan nutrient tersebut diserap oleh tubuh, dan pastinya ia bukan sintetik.
Testimoni
Sekiranya anda sudah lama menderita penyakit gastrik, berilah peluang kepada diri anda untuk menikmati mutu dan tahap kesihatan yang lebih baik dengan rangkaian produk Shaklee.
Vitamin Shaklee semuanya dihasilkan dari sumber-sumber semulajadi. Tak salah untuk mencuba kan. Takkan nak biarkan sampai melarat pula. Renung-renungkan yer.....
***********************************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
Konsultasi secara EKSKLUSIF dan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda yang memilih https://www.facebook.com/VitaShoppeOn9.
No comments:
Post a Comment